Sunday, April 13, 2014

(tak tahu nak letak tajuk apa.)

Bismillah.

i;

Aku mahu ulang ini berkali kali, agar aku tak semudahnya goyah saat berdepan dengan picis picis ujian.

Waktu kau mula mengorak langkah walau kau tahu kau bakal mendepani dengan diuji satu persatu, kau cukup dengan merasa bahwa Tuhan kan selalu ada disamping memberi semangatNya dalam diam diam dan melalui caraNya sendiri.


ii;

Masuk semalam, kali kelima aku berpindah randah rumah sebermula dari gombak-miri-kerteh. Alhamdulillah, Tuhan mudahkan, kelima limanya rumah akhawat. Salah satu nikmat, walau ke mana pun dituju, masih di lingkungan yang sama, bersama akhawat.

Bukan aku mahu membandingkan sesiapa, tapi aku masih cukup utuh terkesan dengan cara tarbiyyah makcik izzah dan ustaz emran di gombak, seawal aku mengenalnya. Mereka cukup menjaga kami sedari ibadah kami, pergaulan kami ikhwah akhawat, perjalanan program dan selainnya.

Cara hidup yang diajar, cukup sederhana. Pertama kali aku di rumah akhawat bersama lagi lima yang lain, rumah itu kosong. Beberapa bulan walau penat kami pulang dari kerja dari program, kami masih kuat membasuh baju baju dengan tangan. Kami berpakat membeli mesin basuh dan peti sejuk, di kedai barang barang terpakai. Lebih murah dan yang kami mampu. Cuma ini yang kami punya, paling asas. tidak ada katil tilam sofa empuk tv almari. Tidak ada.

Sejujurnya, ya. aku rasa kelainan waktu aku di miri dan di sini, kerteh. Kelainan yang mampu buat aku lebih merindu untuk seperti dulu.

Biar sederhana, itu akan cukup buat kita selalu mahu mendekatkan diri dengan Tuhan. Benar, kesederhanaan membuatkan rasa kebergantungan kita kepada Tuhan, lebih.

Petang; 130414; kerteh.

Out of all, Tuhan-lah tempat paling patut kau ‘jumpa’ dulu.

Bismillah.

Teringat kata kata kak wani ardy masa aku pergi forum yang dia salah sorang jemputan di uia hari tu, bila kau dalam susah kau kebiasaanya lebih banyak kecenderungan untuk menulis. Aku dapat rasa apa yang dia nak sampaikan. Bila kau melalui waktu waktu sukar dalam hidup, kepala kau lebih banyak berfikir seolah olah kalau boleh bukak kepala tengok, nescaya penuh berselirat dan semuanya tergantung.

Bagi aku, nak merungkaikan satu satu benda yang berselirat tu salah satunya dengan kau meluahkan kepada sesiapa yang kau percaya atau kau menulis semahumu. Pastinya, yang paling utama kau titip satu persatu yang menyesakkan kau kepada Tuhan, yang selalu akan ada untuk kau waktu kau perlu.

Ya, setiap orang ada cara dia masing masing dan kau bebas untuk melakukannya sesuai dengan apa yang kau rasa selagi masih dalam landasan yang telah digariskan.

Kalau aku, aku suka meluah kepada orang yang aku rapat dan percaya. Aku suka pergi buat benda benda rare, contohnya pergi Canada hill sorang sorang aci redah je guna waze. Duduk diam diam, sambil perhati matahari terbenam. Aku lagi banyak menulis waktu aku serabut. Aku kadang pergi jauh jauh, nangis sorang sorang. Dan paling mengesankan, waktu sujud terakhir dalam solat, cakap dengan Tuhan satu satu yang aku mahu.

Out of all, Tuhan-lah tempat paling patut kau ‘jumpa’ dan bagitahu semua dulu sebelum kau cuba cuba buat cara yang lain.


Petang; 130414; kerteh.

Thursday, April 10, 2014

sepuluh april dan genap sebulan.

Bismillah.

Hari ini, sepuluh april. Genap sebulan aku, dengan perjalanan hidup baru. Tak pernah terfikir dek akal dengan apa apa yang aku lalui selama sebulan ini. Sungguh, tak pernah terfikir terbayang. Tapi kuasa Tuhan, bila Dia kata jadi, maka jadilah. Walau seluruh pelusuk bumi melawan, tidak akan mampu menahanNya pun. Sebab Dia yang paling Besar, paling Esa dan kita cuma manusia kecil dan hina.

Tak sampai sebulan aku di Miri, hari ini aku di tukar ke tempat lain pula, negeri sendiri. Perancangan awal sepatutnya aku tiga bulan di sana, dengan rancangan Tuhan buat aku, tak sampai sebulan pun. Dan hari pertama aku di tempat baru, aku percaya bahwa semua ini pasti ada hikmahnya. Pasti.

Memang sukar, waktu kau pergi jauh jauh, sendirian dan kau tak pernah jejak pun sana sebelum ni, dengan menebal muka setebalnya, contact orang sana sini dan kau tak kenal pun siapa, tak pernah jumpa, tak pernah tahu, tapi atas dasar namanya akhawat, mereka tak lokek menghulur bantuan walau mereka pun tak pernah kenal siapa, tak pernah jumpa muka, tak pernah tahu kau wujud, mereka tetap membantu.

Sepanjang hampir sebulan di miri, akhawat yang paling banyak membantu. Aku bukan jenis yang suka menyusahkan sesiapa tapi bila terpaksa, paksa juga diri minta mereka bantu dan mereka sangat cepat merespon. Allahu, waktu itu tak tahu nak kata apa. Syukur dan aku tahu, yang sebenar benar membukakan jalan untuk aku adalah Dia, menggerakkan hati hati mereka.

Untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru di tempat kerja, lagi menyebalkan. Awal awal serasa pelik semacam. Nak bercakap bertanya berat, malu, tapi bila terpaksa kita akan kuatkan, melawan semua rasa yang ada dan tanya saja. Padahal, mereka okay okay saja. Kita yang banyak fikir kadangnya.

Seawal dua minggu, memang sukar aku terima. Dengan tak faham mereka cakap bahasa apa, dengan rasa lonely (gila), dengan rasa bersalah menyusahkan ramai orang, dengan rasa rindu nak balik, memang benar benar mengujikan. Waktu itu cuma mampu kentalkan jiwa, dekatkan diri dengan Tuhan. Takpe, Dia ada. Dia ada.

Minggu ketiga, seakan ada sesuatu berubah. Dah mula ada keserasian dengan orang satu rumah, satu pejabat. Dua minggu yang berat sebelumnya, seakan pelan pelan pergi dan mula menumbuh rasa baru, mula mencintai orang orang dan suasana di sana. Dan akhirnya, panggilan pulang diterima. Agak berat tapi ikutkan saja sebab yang pasti, akan ada hikmahnya.

Aku paling rindu dengan langit miri. Setiap kali pulang kerja, hilang lelah seharian cuma memandang ke atas lama lama. Subhanallah, cantik sangat dan itu cukup buat kau tersenyum sendirian. Seolah merasa itu hadiah paling mahal dari Tuhan.

Sekadar perkongsian, sebab serasa sesak kepala. Asyik merantai patah kata, ayat. Mau saja ditulis dilontar apa yang ada sebanyaknya.


Petang; 100414; kerteh.

Thursday, April 3, 2014

dalam hidup, kita perlu ada kesediaan menghadapi apa pun yang mendatang.

bismillah.

"well, hari yang tough ya?", monolog sendiri.

baru tadi menerima perkhabaran yang mengejutkan. aku bakal dipindah ke region yang lain, tidak sampai tiga bulan waktu yang diberi awalnya. cuma satu bulan aku di miri yang indah ini.

cukup, buat hati rasa sesebaknya waktu meneliti dan berulang kali hadamkan emel yang diterima. mungkin, hati aku sudah jatuh cinta dengan negeri kenyalang ini. ya, memang gila diberi peluang untuk lebih dekat dengan family tapi lebih mengharap agar kekal di sini. 

cukup aku kata, aku sudah mula mencintai orang orang dan suasananya. samaada di tempat kerja mahu pun di rumah, aku sudah dapat merasa keserasiannya dan aku mengambil masa beberapa minggu untuk adapt semua benda baru yang aku jumpa.

dan bila aku sudah mula menerimanya, lain pula plan yang Tuhan aturkan. tak mudah untuk sungguh sungguh menghadamnya dan aku masih dalam fasa 'kejutan'. tapi apa pun, mahu sepenuhnya aku sematkan di hati bahwa plan Tuhan tak pernah gagal menemukan aku merasa kedekatanNya.

ya, Tuhan ada bersama di setiap rancangan yang Dia aturkan.

1448; 040414; airport miri.